2010/10/31

Ringkasan sejarah komputer

  • 1822 - Bapa komputer ialah Charles Babbage iaitu pencipta bagi arahan 'Start' dan 'Reboot' yang telah mencipta alat pengiraan matematik mengikut hukum logaritma yang menjadi asas kepada pembangunan komputer moden.

  • 1937 - Dr. John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.

  • 1946 - Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 tiub vakum dan seluas 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.

  • 1958 - Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.

  • 1964 - Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC (integrated chip) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.

  • 1970 - Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (large scale integration) diperkenalkan. Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15,000 litar.

  • 1975 - Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN (local area network) yang pertama direka dan masih digunakan hingga ke hari ini.

  • 1981 - IBM memperkenalkan PC (personal computer) yang pertama.

  • 1983 - Microsoft memperkenalkan Windows, iaitu paparan GUI (graphical user interface) untuk sistem operasi MS-DOS yang digunakan bersama IBM PC.

  • 1984 - IBM memperkenalkan komputer peribadi bergelar PC AT (advance technology) yang menggunakan mikropemproses Intel 80286.

  • 1989 - Mikropemproses Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 juta transistor di dalamnya.

2010/10/25

Apakah world wide web (www)?

World wide web (jaringan sejagat) biasanya disebut Web adalah sistem yang menghubungkan dokumen hiperteks menerusi Internet. Menggunakan pelayar Web, pengguna boleh melihat laman web yang mengandungi teks, imej, video atau multimedia lain dan navigasi antaranya menggunakan hiperlinks. World Wide Web direka pada 1989 oleh Sir Tim Berners-Lee semasa bertugas di CERN di Geneva, Switzerland. Sejak itu Tim memainkan peranan aktif dalam mengawal pembangunan piawaian Web seperti bahasa di mana laman web dilakukan dan dalam beberapa tahun lepas beliau membina Web Semantik.

Manfaat teknologi radio RFID

Antara manfaat utama perkembangan teknologi radio dalam kehidupan manusia adalah penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). RFID adalah teknologi pengesan automatik berasaskan teknologi radio yang membolehkan data disimpan di dalam sebuah penerima yang berbentuk sangat kecil dan dapat dibaca oleh alat pengesan. Penerima atau juga disebut tag RFID ini merupakan cip silikon yang dilengkapi dengan antena bertujuan untuk menerima data yang dipindahkan daripada pemancar RFID dalam bentuk gelombang atau frekuensi radio. Disebabkan sifat tag RFID ini yang sangat kecil, maka ia boleh dipasangkan kepada manusia dan binatang namun yang paling meluas digunakan ketika ini adalah kepada produk-produk yang dijual di pasar raya.

2010/10/16

Kelebihan perniagaan Internet

Modal yang kecil

Sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan Internet memandangkan modalnya yang kecil. Malah ada yang memulakan perniagaan pada kos kurang RM1,000 bergantung kepada jenis perniagaan dan perkhidmatan.

Menjalankan strategi perniagaan sendiri

Sesiapa sahaja boleh menjalankan strategi perniagaan sama ada besar atau kecil bergantung kepada modal dan perancangan perniagaan.

Mudah dimulakan

Perniagaan Internet boleh menerima pelanggan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Sesiapa sahaj boleh bermula dengan mengiklankan produk atau perkhidmatan di blog atau laman web kepada orang ramai.

2010/10/14

Apakah perpustakaan digital?

Perpustakaan digital merujuk kepada koleksi format digital disimpan dan boleh diakses menerusi komputer. Kandungan digital boleh disimpan secara konvensional atau diakses mudah alih melalui rangkaian komputer. Perpustakaan digital adalah sistem maklumat yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan perpustakaan digital pertama dilaporkan kepada Perbadanan bagi Inisiatif Penyelidikan Kebangsaan pada 1988. Terma perpustakaan digital dipopularkan oleh NSF/DARPA/NASA Inisiatif Perpustakaan Digital pada 1994. Sebelum ini, perpustakaan elektronik atau perpustakaan maya juga biasanya digunakan dan perpustakaan elektronik biasa dirujuk sebagai portal yang dibekalkan oleh agensi kerajaan.

2010/10/12

Apakah yang dikatakan telematiks?

Telematiks merupakan integrasi antara telekomunikasi  dan informatiks yang juga dikenali sebagai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Ia adalah khusus untuk menghantar, menerima dan menyimpan maklumat menerusi peralatan telekomunikasi. Biasanya telematiks telah diaplikasi kepada penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang bersepadu dengan komunikasi mudah alih dan komputer dalam sistem navigasi automotif. Sistem telematiks kenderaan biasanya digunakan bagi pelbagai tujuan seperti memungut tol, pengurusan penggunaan jalan raya, mengesan kenderaan curi dan sistem pengesanan awal bagi mengelakkan kemalangan.

2010/10/11

Apakah pangkalan data?

Pangkalan data adalah koleksi berstruktur rekod atau data. Pangkalan data komputer bergantung kepada perisian bagi mengurus penyimpanan semua data. Sistem pengurusan pangkalan data pertama telah dibangunkan pada 1960-an oleh Charles Bachman. Dalam kertas kerjanya, Bachman meletakkan penggunaan peralatan penyimpanan data yang akan mudah digunakan. Kini pemprosesan data telah digunakan dalam pelbagai peralatan seperti kad tebuk, pita magnetik, kad perakam masa & kad SIM pada telefon mudah alih.

2010/10/10

Apakah Ethernet?

Ethernet adalah keluarga bagi rangkaian komputer bagi rangkaian kawasan tempatan (LAN). Namanya diambil daripada konsep fizikal ether yang mengenalpasti bilangan wayar dan piawaian isyarat bagi lapisan fizikal menerusi akses rangkaian pada kawalan akses media (MAC)/data lapisan talian & format alamat biasa. Ethernet dibangunkan di Xerox PARC pada 1973 - 1975 oleh Robert Metcalfe dan David Boggs.

2010/10/07

Realiti pencipta robot ASIMO

Thn 1986 merupakan langkah pertama bg syarikat Honda dlm menjalankan penyelidikan & pembangunan (R&D) penciptaan robot yg boleh menjadi teman kpd manusia. Bermulanya detik itu, revolusi penciptaannya terus berkembang fasa demi fasa bg membolehkan robot humanoid (btk manusia) yg diberi nama ASIMO ini mampu melakukan pelbagai pergerakan & berinteraksi dgn masyarakat. Dgn mengaplikasikan segala kemajuan teknologi, ASIMO yg sempurna telah berjaya dihasilkan pd thn 2000 dgn ketinggian 1.3 meter & berat 54 kilogram. Antara kelebihan ASIMO adalah ia boleh bertutur seperti manusia & mempunyai keupayaan menari, menyepak bola serta menghantar minuman. Di samping itu, ASIMO turut berupaya mengecam wajah manusia & berinteraksi dgn mereka menerusi kamera yg diletakkan di matanya menerusi penggunaan kad litar bersepadu.

2010/10/05

Keunikan sistem telefon Kordles

Telefon Kordles mula diperkenalkan pd thn 1965 oleh penciptanya Teri Pall yg membolehkan sambungan unit utama dgn gagang mudah alih menerusi gelombang radio yg rendah. Kelebihan tersebut membolehkan gagang digunakan dari mana-mana lokasi mengikut julat lingkungan tertentu serta unit utamanya dibekalkan dgn kuasa elektrik. Pd awalnya, telefon Kordles menggunakan gelombang radio pd julat 1.7 MHz utk komunikasi antara unit utama dgn gagang. Namun, disebabkan masalah kualiti & jarak lingkungan, ia telah digantikan dgn sistem yg menggunakan frekuensi modulasi (FM) pd julat frekuensi tinggi. Justeru, julat lingkungan utk telefon moden hari ini biasanya boleh menjangkau sehingga beberapa ratus meter.

2010/10/03

Perluasan komunikasi dengan 3G

Capaian teknologi 3G merupakan singkatan kpd teknologi Generasi Ketiga pd telefon bimbit yg membolehkan pengguna berkomunikasi menerusi rangkaian yg lebih luas & mudah. Kelebihan tersebut membolehkan aplikasi spt audio, video & data dihantar dgn lebih cepat menerusi 1 rangkaian jalur lebar tanpa wayar. Kadar muat turun jg menjadi 10 kali ganda lebih pantas berbanding teknologi 2G sebelum ini. Teknologi yg popular ini jg memberi perkhidmatan tanpa batasan utk tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, e-mel, & sistem penentu kedudukan global (GPS - global positioning system). Di Malaysia. Ericsson Malaysia merupakan syarikat yg pertama membawa konsep 3G ini pd thn 1998.

2010/09/29

Kerjasama sistem operasi Linux, Microsoft

Jurang perbezaan & kesukaran untuk menggunakan sistem operasi Linux & Microsoft secara bersama kini mampu dikurangkan melalui gabungan mantap Novell Inc & Microsoft Corp yang bekerjasama menyelesaikan masalah berkenaan. Ia dilakukan melalui 4 kerjasama termasuk sistem maya (virtual system), pengurusan pangkalan maklumat, pengurusan identiti & pembukaan format dokumen. Sistem maya ini menjadi semakin popular memandangkan kos untuk pusat data semakin mahal kerana mereka perlu memasukkan pelbagai 'input' dalam pelayan (server) malah ruang untuk meletak pelayan juga menjadi isu penting ekoran fizikalnya yang agak besar.
Kerjasama terbabit memastikan sistem Linux & Microsoft dapat dinikmati pengguna pelbagai industri yang mahukan lebih capaian untuk kedua-duanya sekaligus. Kelebihan utama kerjasama kedua-dua pihak dapat memberi manfaat jelas kepada semua. Jika dilihat dari segi pelayan & OpenXML, kelebihan untuk ketua operasi teknologi maklumat (CIO) membolehkannya menggunakan 2 pelayan yang beroperasi melalui platform Linux & Microsoft sekaligus. Kesepaduan Linux & Microsoft itu turut menyediakan pengalih format yang membolehkan format OpenXML dibuka melalui Linux.

2010/09/28

RFID

Info ringkas RFID
  • Identiti unik yang menggunakan gelombang radio.
  • Konsep menyerupai kod bar (barcode).
  • Menggunakan gelombang sedangkan kod bar menggunakan cahaya.
  • Terbahagi kepada dua iaitu RFID aktif (penggunaan bateri pada tranponder) dan pasif (tanpa bateri).
  • RFID mempunyai beberapa kelebihan berbanding kod bar iaitu data boleh dikemaskinikan bila-bila masa.
  • Selain itu RFID masih boleh berfungsi walaupun adanya halangan (untuk bacaan) tetapi sebaliknya bagi kod bar.
Kelebihan/keistimewaan
  • Terminal komputer boleh menerima maklumat kod dari transponder dari jarak 10 ~ 30 meter walaupun ada halangan bangunan atau batu konkrit.
  • Mudah digunakan di mana-mana tanpa terikat dengan wayar.
  • Penghantaran maklumat adalah secara masa-nyata.
  • Pembaca RFID tanpa wayar ini merupakan peranti yang mudah-alih maka ia sesuai digunakan bagi kawasan luar bangunan.
  • Pengguna hanya perlu membawa pembaca RFID tanpa wayar ini untuk membaca maklumat dari transponder tanpa perlu membawa terminal komputer bersama-sama di lokasi pembacaan.
  • Pengumpulan maklumat daripada transponder dapat dipercepatkan kerana liputan yang luas di antara pembaca RFID dan terminal komputer.
  • Kos pembinaannya yang sangat murah.

2010/09/27

Gelang RFID membantu rawatan pesakit di hospital

Jangkitan penyakit, kerahsiaan pesakit, kehilangan harta benda & penyelenggaraan bangunan hospital kini boleh dilakukan dgn mudah menggunakan teknologi terkini yg dibangunkan oleh Siemes. Syarikat yg terkenal dgn pembangunan cip telah membangunkan cip yg boleh digunakan dlm banyak bidang terutama dlm bidang perubatan. Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi kegunaan di hospital & klinik-klinik di beberapa negara Eropah. RFID terdiri drpd tag yang mempunyai cip dan antena di sekelilingnya. Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.
Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit. Siemens telah dilengkapi dengan teknologi 'know-how' dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877. Dengan penglibatan dalam pembuatan electro-medical dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan. Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian IT. Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID. Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, X-ray serta maklumat perubatan yang berkaitan.


Merawat
Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun (download) atau memuat naik (upload) data di dalamnya dari masa ke semasa. Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit. Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah kod bar kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan.
Ini membolehkan data pesakit dikemaskini pada waktu sebenar (real-time) secara atas talian bagi hospital yang menggunakan teknologi tanpa wayar (wireless). RFID juga boleh digunakan bagi mengesan pelbagai peralatan penting dan diperlukan semasa kecemasan. Bagi mengesan pergerakan, tag jenis aktif yang menggunakan bateri dan boleh mengesan pergerakan dalam jarak 300 meter. RFID boleh digunakan bagi mengelakkan kecurian peralatan berharga atau mempunyai maklumat pesakit. Kadang-kala terdapat dokumen perubatan yang sensitif dan hanya boleh dibuka oleh pihak tertentu di sesebuah hospital. Justeru RFID boleh digunakan dengan meletakkan tag di dokumen berkenaan supaya mudah dicari dan maklumat mereka yang melihatnya direkodkan. Di hospital, ubatan merupakan sesuatu yang penting kerana ia diberikan kepada pesakit. Tag RFID yang digunakan boleh mengesan keluar masuk ubat di dalam stor farmasi, mengenalpasti ubat tiruan, jangka hayat ubat dan mengelakkan daripada kecurian. Ini kerana hanya mereka yang mempunyai kata laluan saja yang boleh mendapat akses ke dalam stor berkenaan. Selain itu, RFID juga boleh digunakan di bank darah bagi mengenalpasti keluar masuk darah serta maklumat mengenai darah yang ada di sana. Maklumat berkenaan penting bagi menentukan darah yang telah dijangkiti tidak digunakan bagi pemindahan darah.
Bagi tujuan keselamatan RFID digunakan sebagai akses semasa berada di dalam kawasan hospital. Ini penting bagi menentukan hanya mereka yang diberi kebenaran saja boleh memasuki sesuatu kawasan. Kaedah ini penting bagi mengelakkan pencerobohan dan kes penculikan bayi di kawasan hospital. Beberapa hospital dan klinik di AS & Jerman telah menggunakan RFID.

2010/09/26

Penggodam tulis spyware untuk wang

Lebih 70% daripada penulis virus menulis spyware mengikut kontrak dan hal ini membuktikan pencerobohan sistem komputer mula berubah daripada khianat kepada jenayah menghasilkan wang. Spyware adalah yg paling disukai dikalangan penulis malware kerana membolehkan mereka menggunakan teknologi sendiri & menjualnya. Berdasarkan analisa virus beberapa tahun lepas, terdapat 70% komponen & modul spyware. Sejumlah besar spyware dihasilkan oleh penceroboh sistem komputer & dihubungkan ke organisasi jenayah. Mereka melakukan demikian utk mendapatkan duit secara mudah dan kini lebih kepada pertubuhan jenayah terancang.