2010/10/31

Ringkasan sejarah komputer

  • 1822 - Bapa komputer ialah Charles Babbage iaitu pencipta bagi arahan 'Start' dan 'Reboot' yang telah mencipta alat pengiraan matematik mengikut hukum logaritma yang menjadi asas kepada pembangunan komputer moden.

  • 1937 - Dr. John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.

  • 1946 - Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 tiub vakum dan seluas 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.

  • 1958 - Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.

  • 1964 - Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC (integrated chip) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.

  • 1970 - Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (large scale integration) diperkenalkan. Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15,000 litar.

  • 1975 - Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN (local area network) yang pertama direka dan masih digunakan hingga ke hari ini.

  • 1981 - IBM memperkenalkan PC (personal computer) yang pertama.

  • 1983 - Microsoft memperkenalkan Windows, iaitu paparan GUI (graphical user interface) untuk sistem operasi MS-DOS yang digunakan bersama IBM PC.

  • 1984 - IBM memperkenalkan komputer peribadi bergelar PC AT (advance technology) yang menggunakan mikropemproses Intel 80286.

  • 1989 - Mikropemproses Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 juta transistor di dalamnya.

2010/10/25

Apakah world wide web (www)?

World wide web (jaringan sejagat) biasanya disebut Web adalah sistem yang menghubungkan dokumen hiperteks menerusi Internet. Menggunakan pelayar Web, pengguna boleh melihat laman web yang mengandungi teks, imej, video atau multimedia lain dan navigasi antaranya menggunakan hiperlinks. World Wide Web direka pada 1989 oleh Sir Tim Berners-Lee semasa bertugas di CERN di Geneva, Switzerland. Sejak itu Tim memainkan peranan aktif dalam mengawal pembangunan piawaian Web seperti bahasa di mana laman web dilakukan dan dalam beberapa tahun lepas beliau membina Web Semantik.

Manfaat teknologi radio RFID

Antara manfaat utama perkembangan teknologi radio dalam kehidupan manusia adalah penggunaan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). RFID adalah teknologi pengesan automatik berasaskan teknologi radio yang membolehkan data disimpan di dalam sebuah penerima yang berbentuk sangat kecil dan dapat dibaca oleh alat pengesan. Penerima atau juga disebut tag RFID ini merupakan cip silikon yang dilengkapi dengan antena bertujuan untuk menerima data yang dipindahkan daripada pemancar RFID dalam bentuk gelombang atau frekuensi radio. Disebabkan sifat tag RFID ini yang sangat kecil, maka ia boleh dipasangkan kepada manusia dan binatang namun yang paling meluas digunakan ketika ini adalah kepada produk-produk yang dijual di pasar raya.

2010/10/16

Kelebihan perniagaan Internet

Modal yang kecil

Sesiapa sahaja boleh menjalankan perniagaan Internet memandangkan modalnya yang kecil. Malah ada yang memulakan perniagaan pada kos kurang RM1,000 bergantung kepada jenis perniagaan dan perkhidmatan.

Menjalankan strategi perniagaan sendiri

Sesiapa sahaja boleh menjalankan strategi perniagaan sama ada besar atau kecil bergantung kepada modal dan perancangan perniagaan.

Mudah dimulakan

Perniagaan Internet boleh menerima pelanggan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Sesiapa sahaj boleh bermula dengan mengiklankan produk atau perkhidmatan di blog atau laman web kepada orang ramai.

2010/10/14

Apakah perpustakaan digital?

Perpustakaan digital merujuk kepada koleksi format digital disimpan dan boleh diakses menerusi komputer. Kandungan digital boleh disimpan secara konvensional atau diakses mudah alih melalui rangkaian komputer. Perpustakaan digital adalah sistem maklumat yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan perpustakaan digital pertama dilaporkan kepada Perbadanan bagi Inisiatif Penyelidikan Kebangsaan pada 1988. Terma perpustakaan digital dipopularkan oleh NSF/DARPA/NASA Inisiatif Perpustakaan Digital pada 1994. Sebelum ini, perpustakaan elektronik atau perpustakaan maya juga biasanya digunakan dan perpustakaan elektronik biasa dirujuk sebagai portal yang dibekalkan oleh agensi kerajaan.

2010/10/12

Apakah yang dikatakan telematiks?

Telematiks merupakan integrasi antara telekomunikasi  dan informatiks yang juga dikenali sebagai teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Ia adalah khusus untuk menghantar, menerima dan menyimpan maklumat menerusi peralatan telekomunikasi. Biasanya telematiks telah diaplikasi kepada penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang bersepadu dengan komunikasi mudah alih dan komputer dalam sistem navigasi automotif. Sistem telematiks kenderaan biasanya digunakan bagi pelbagai tujuan seperti memungut tol, pengurusan penggunaan jalan raya, mengesan kenderaan curi dan sistem pengesanan awal bagi mengelakkan kemalangan.

2010/10/11

Apakah pangkalan data?

Pangkalan data adalah koleksi berstruktur rekod atau data. Pangkalan data komputer bergantung kepada perisian bagi mengurus penyimpanan semua data. Sistem pengurusan pangkalan data pertama telah dibangunkan pada 1960-an oleh Charles Bachman. Dalam kertas kerjanya, Bachman meletakkan penggunaan peralatan penyimpanan data yang akan mudah digunakan. Kini pemprosesan data telah digunakan dalam pelbagai peralatan seperti kad tebuk, pita magnetik, kad perakam masa & kad SIM pada telefon mudah alih.

2010/10/10

Apakah Ethernet?

Ethernet adalah keluarga bagi rangkaian komputer bagi rangkaian kawasan tempatan (LAN). Namanya diambil daripada konsep fizikal ether yang mengenalpasti bilangan wayar dan piawaian isyarat bagi lapisan fizikal menerusi akses rangkaian pada kawalan akses media (MAC)/data lapisan talian & format alamat biasa. Ethernet dibangunkan di Xerox PARC pada 1973 - 1975 oleh Robert Metcalfe dan David Boggs.

2010/10/07

Realiti pencipta robot ASIMO

Thn 1986 merupakan langkah pertama bg syarikat Honda dlm menjalankan penyelidikan & pembangunan (R&D) penciptaan robot yg boleh menjadi teman kpd manusia. Bermulanya detik itu, revolusi penciptaannya terus berkembang fasa demi fasa bg membolehkan robot humanoid (btk manusia) yg diberi nama ASIMO ini mampu melakukan pelbagai pergerakan & berinteraksi dgn masyarakat. Dgn mengaplikasikan segala kemajuan teknologi, ASIMO yg sempurna telah berjaya dihasilkan pd thn 2000 dgn ketinggian 1.3 meter & berat 54 kilogram. Antara kelebihan ASIMO adalah ia boleh bertutur seperti manusia & mempunyai keupayaan menari, menyepak bola serta menghantar minuman. Di samping itu, ASIMO turut berupaya mengecam wajah manusia & berinteraksi dgn mereka menerusi kamera yg diletakkan di matanya menerusi penggunaan kad litar bersepadu.

2010/10/05

Keunikan sistem telefon Kordles

Telefon Kordles mula diperkenalkan pd thn 1965 oleh penciptanya Teri Pall yg membolehkan sambungan unit utama dgn gagang mudah alih menerusi gelombang radio yg rendah. Kelebihan tersebut membolehkan gagang digunakan dari mana-mana lokasi mengikut julat lingkungan tertentu serta unit utamanya dibekalkan dgn kuasa elektrik. Pd awalnya, telefon Kordles menggunakan gelombang radio pd julat 1.7 MHz utk komunikasi antara unit utama dgn gagang. Namun, disebabkan masalah kualiti & jarak lingkungan, ia telah digantikan dgn sistem yg menggunakan frekuensi modulasi (FM) pd julat frekuensi tinggi. Justeru, julat lingkungan utk telefon moden hari ini biasanya boleh menjangkau sehingga beberapa ratus meter.

2010/10/03

Perluasan komunikasi dengan 3G

Capaian teknologi 3G merupakan singkatan kpd teknologi Generasi Ketiga pd telefon bimbit yg membolehkan pengguna berkomunikasi menerusi rangkaian yg lebih luas & mudah. Kelebihan tersebut membolehkan aplikasi spt audio, video & data dihantar dgn lebih cepat menerusi 1 rangkaian jalur lebar tanpa wayar. Kadar muat turun jg menjadi 10 kali ganda lebih pantas berbanding teknologi 2G sebelum ini. Teknologi yg popular ini jg memberi perkhidmatan tanpa batasan utk tayangan televisyen, pertunjukan multimedia, sidang video langsung, pelayaran laman web, e-mel, & sistem penentu kedudukan global (GPS - global positioning system). Di Malaysia. Ericsson Malaysia merupakan syarikat yg pertama membawa konsep 3G ini pd thn 1998.

2010/09/29

Kerjasama sistem operasi Linux, Microsoft

Jurang perbezaan & kesukaran untuk menggunakan sistem operasi Linux & Microsoft secara bersama kini mampu dikurangkan melalui gabungan mantap Novell Inc & Microsoft Corp yang bekerjasama menyelesaikan masalah berkenaan. Ia dilakukan melalui 4 kerjasama termasuk sistem maya (virtual system), pengurusan pangkalan maklumat, pengurusan identiti & pembukaan format dokumen. Sistem maya ini menjadi semakin popular memandangkan kos untuk pusat data semakin mahal kerana mereka perlu memasukkan pelbagai 'input' dalam pelayan (server) malah ruang untuk meletak pelayan juga menjadi isu penting ekoran fizikalnya yang agak besar.
Kerjasama terbabit memastikan sistem Linux & Microsoft dapat dinikmati pengguna pelbagai industri yang mahukan lebih capaian untuk kedua-duanya sekaligus. Kelebihan utama kerjasama kedua-dua pihak dapat memberi manfaat jelas kepada semua. Jika dilihat dari segi pelayan & OpenXML, kelebihan untuk ketua operasi teknologi maklumat (CIO) membolehkannya menggunakan 2 pelayan yang beroperasi melalui platform Linux & Microsoft sekaligus. Kesepaduan Linux & Microsoft itu turut menyediakan pengalih format yang membolehkan format OpenXML dibuka melalui Linux.

2010/09/28

RFID

Info ringkas RFID
  • Identiti unik yang menggunakan gelombang radio.
  • Konsep menyerupai kod bar (barcode).
  • Menggunakan gelombang sedangkan kod bar menggunakan cahaya.
  • Terbahagi kepada dua iaitu RFID aktif (penggunaan bateri pada tranponder) dan pasif (tanpa bateri).
  • RFID mempunyai beberapa kelebihan berbanding kod bar iaitu data boleh dikemaskinikan bila-bila masa.
  • Selain itu RFID masih boleh berfungsi walaupun adanya halangan (untuk bacaan) tetapi sebaliknya bagi kod bar.
Kelebihan/keistimewaan
  • Terminal komputer boleh menerima maklumat kod dari transponder dari jarak 10 ~ 30 meter walaupun ada halangan bangunan atau batu konkrit.
  • Mudah digunakan di mana-mana tanpa terikat dengan wayar.
  • Penghantaran maklumat adalah secara masa-nyata.
  • Pembaca RFID tanpa wayar ini merupakan peranti yang mudah-alih maka ia sesuai digunakan bagi kawasan luar bangunan.
  • Pengguna hanya perlu membawa pembaca RFID tanpa wayar ini untuk membaca maklumat dari transponder tanpa perlu membawa terminal komputer bersama-sama di lokasi pembacaan.
  • Pengumpulan maklumat daripada transponder dapat dipercepatkan kerana liputan yang luas di antara pembaca RFID dan terminal komputer.
  • Kos pembinaannya yang sangat murah.

2010/09/27

Gelang RFID membantu rawatan pesakit di hospital

Jangkitan penyakit, kerahsiaan pesakit, kehilangan harta benda & penyelenggaraan bangunan hospital kini boleh dilakukan dgn mudah menggunakan teknologi terkini yg dibangunkan oleh Siemes. Syarikat yg terkenal dgn pembangunan cip telah membangunkan cip yg boleh digunakan dlm banyak bidang terutama dlm bidang perubatan. Siemens telah menjalankan penyelesaian menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi kegunaan di hospital & klinik-klinik di beberapa negara Eropah. RFID terdiri drpd tag yang mempunyai cip dan antena di sekelilingnya. Bagi membaca data di dalam tag, seseorang memerlukan ‘pembaca’ dengan medan elektromagnet untuk membaca dan memindahkan data.
Kini RFID telah mula digunakan dalam bidang perubatan bagi menyimpan maklumat pesakit. Siemens telah dilengkapi dengan teknologi 'know-how' dalam industri penjagaan kesihatan sejak 1877. Dengan penglibatan dalam pembuatan electro-medical dan peralatan fizikal lain, Siemens yang mempunyai pengalaman selama 128 tahun sentiasa berusaha menyediakan peralatan bagi penjagaan kesihatan pada masa depan. Kini dengan meningkatnya permintaan bagi perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dan penyelesaian bagi pemprosesan klinikal, diagnostik dan prosedur terapeutik menggunakan penyelesaian IT. Banyak masalah di hospital boleh diselesaikan menggunakan teknologi RFID. Pada permulaan RFID digunakan untuk menyimpan maklumat pesakit seperti nama, umur, jantina, berat, penyakit yang dialami, alahan, sejarah, X-ray serta maklumat perubatan yang berkaitan.


Merawat
Biasanya RFID dipasangkan dalam bentuk gelang tangan pada pesakit dan doktor yang merawat boleh memuat turun (download) atau memuat naik (upload) data di dalamnya dari masa ke semasa. Misalnya doktor boleh mengubah berat badan atau senarai ubatan yang diberikan mengikut keperluan pesakit. Semua ini tidak boleh dilakukan jika menggunakan kaedah kod bar kerana data tidak boleh diubah selepas dimasukkan.
Ini membolehkan data pesakit dikemaskini pada waktu sebenar (real-time) secara atas talian bagi hospital yang menggunakan teknologi tanpa wayar (wireless). RFID juga boleh digunakan bagi mengesan pelbagai peralatan penting dan diperlukan semasa kecemasan. Bagi mengesan pergerakan, tag jenis aktif yang menggunakan bateri dan boleh mengesan pergerakan dalam jarak 300 meter. RFID boleh digunakan bagi mengelakkan kecurian peralatan berharga atau mempunyai maklumat pesakit. Kadang-kala terdapat dokumen perubatan yang sensitif dan hanya boleh dibuka oleh pihak tertentu di sesebuah hospital. Justeru RFID boleh digunakan dengan meletakkan tag di dokumen berkenaan supaya mudah dicari dan maklumat mereka yang melihatnya direkodkan. Di hospital, ubatan merupakan sesuatu yang penting kerana ia diberikan kepada pesakit. Tag RFID yang digunakan boleh mengesan keluar masuk ubat di dalam stor farmasi, mengenalpasti ubat tiruan, jangka hayat ubat dan mengelakkan daripada kecurian. Ini kerana hanya mereka yang mempunyai kata laluan saja yang boleh mendapat akses ke dalam stor berkenaan. Selain itu, RFID juga boleh digunakan di bank darah bagi mengenalpasti keluar masuk darah serta maklumat mengenai darah yang ada di sana. Maklumat berkenaan penting bagi menentukan darah yang telah dijangkiti tidak digunakan bagi pemindahan darah.
Bagi tujuan keselamatan RFID digunakan sebagai akses semasa berada di dalam kawasan hospital. Ini penting bagi menentukan hanya mereka yang diberi kebenaran saja boleh memasuki sesuatu kawasan. Kaedah ini penting bagi mengelakkan pencerobohan dan kes penculikan bayi di kawasan hospital. Beberapa hospital dan klinik di AS & Jerman telah menggunakan RFID.

2010/09/26

Penggodam tulis spyware untuk wang

Lebih 70% daripada penulis virus menulis spyware mengikut kontrak dan hal ini membuktikan pencerobohan sistem komputer mula berubah daripada khianat kepada jenayah menghasilkan wang. Spyware adalah yg paling disukai dikalangan penulis malware kerana membolehkan mereka menggunakan teknologi sendiri & menjualnya. Berdasarkan analisa virus beberapa tahun lepas, terdapat 70% komponen & modul spyware. Sejumlah besar spyware dihasilkan oleh penceroboh sistem komputer & dihubungkan ke organisasi jenayah. Mereka melakukan demikian utk mendapatkan duit secara mudah dan kini lebih kepada pertubuhan jenayah terancang.

2010/09/25

Cara belayar dengan pantas dalam talian

Perkhidmatan akses jalur lebar (broadband) dpt memberikan sambungan ke Internet dgn kelajuan lebar jalur bermula 384Kbps - 4Mbps. Walaubagaimanapun, kadangkala anda mungkin mendapati ada laman web & program Internet yg mengambil masa lebih lama drpd biasa utk dimuat turun (download). Kelajuan Internet anda tdk hanya bergantung kpd keadaan talian telefon shj. Ada beberapa faktor lain yg mempengaruhinya spt prestasi pelayan rangkaian (network server) & penghala (router), faktor alam sekeliling serta kemampuan komputer anda. Sehubungan itu, proses pelayaran Internet mungkin terjejas disebabkan banyak perkara yg mempengaruhi kelajuan sebenar sambungan.

Bagi meningkatkan pengalaman pelayaran Internet, fahami beberapa faktor yg mungkin akan memperlahankan sambungan anda:-

Lokasi laman web

Lebih dekat lokasi laman web yg ingin anda layari, maka lebih cepatlah dpt mengaksesnya. Laman web berpangkalan di Malaysia memberikan akses lebih cepat berbanding laman web yg berpangkalan di luar negara. Kelajuan jg bergantung kpd bilangan pertukaran rangkaian yg diperlukan sebelum mencapai laman web yg dikehendaki.

Laman web popular

Semakin popular sesuatu laman web itu, semakin ramai pengguna akan mengaksesnya pd masa yg sama. Jika laman tersebut tdk mampu memenuhi permintaan pelawatnya, laman web tersebut mungkin dimuat turun dgn perlahan atau gagal dimuat turun sama sekali.

Kandungan laman web

Laman web yg mempunyai imej berkualiti tinggi atau fail yg besar biasanya mengambil masa lebih lama utk dimuat turun berbanding laman web yg berasaskan teks & berimej kecil.

Perkongsian muat turun (peer-to-peer)

Program spt ini bergantung kpd bilangan pengguna dlm talian yg memiliki fail dikehendaki & bilangan pengguna yg sanggup berkongsi fail tersebut. Kadangkala, kelajuan rangkaian bergantung kpd sambungan pengguna di rangkaian yg lain. Proses muat turun akan mengambil masa yg lama sekiranya ramai pengguna meminta fail lama atau fail terhad.

Virus, cecacing, perisian adware & perisian spyware

Program perosak jg boleh memperlahankan sambungan anda ke Internet. Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan ke atas sistem komputer dan sentiasa mengemaskini (update) program antivirus, antiperisian adware & antiperisian spyware secara konsisten.

* Jika kelajuan masih perlahan selepas memeriksa sambungan & kelengkapan, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk membuat laporan.

2010/09/24

Permainan video membentuk remaja ganas

Kajian terhadap keganasan yg dihasilkan melalui permainan video mendapati kanak-kanak yg terlalu lama bermain permainan itu menjadi lebih agresif, berkelahi dgn abang mereka & ketinggalan dalam persekolahan. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara mendapati pemain muda mudah terpengaruh dgn aktiviti dlm permainan & melaksanakan pergerakan berkenaan selepas bermain permainan berkenaan. Satu kajian mendapati pemain yg bermain selama 10 minit dikesan bertindak agresif berbeza drpd watak asal sebaik shj menekan butang off pd konsol permainan. Kajian lain terhadap pelajar berusia antara 13 & 14 tahun, guru mendapati mereka yg bermain permainan ganas lebih agresif seperti bertelagah dgn pihak berkuasa selain cenderung berkelahi di antara mereka. Penyelidik jg mendapati remaja lelaki lebih cenderung membuang masa di depan konsol permainan berbanding perempuan.

2010/09/23

Penggodam sebarkan spyware kerana wang

Lebih 70% drpd penulis virus menulis spyware mengikut kontrak dan hal ini membuktikan pencerobohan sistem komputer mula berubah drpd khianat kepada jenayah menghasilkan wang. Spyware adalah yg paling disukai dikalangan penulis malware kerana membolehkan mereka menggunakan teknologi sendiri & menjualnya. Berdasarkan analisa virus beberapa tahun dahulu, terdapat 70% komponen & modul spyware. Sejumlah besar spyware dihasilkan oleh penceroboh sistem komputer dan dihubungkan ke organisasi jenayah. Mereka melakukan demikian utk mendapatkan duit secara mudah & kini lebih kepada pertubuhan jenayah terancang.

2010/09/22

Serangan Phishing semakin canggih

Kumpulan Kerja Anti-Phishing telah memberi amaran kpd pengguna internet supaya berhati-hati apabila menerima e-mel kerana ia berkemungkinan memperdaya mereka utk mendapatkan kata laluan (password) atau maklumat sulit spt nombor akauan bank. Teknik phishing dikesan pd permulaan tahun 2005 mendapat publisiti meluas, ketika ini seakan-akan sdh perlahan tetapi kaedah phishing menggunakan e-mel semakin meningkat. Serangan dilakukan dgn pelbagai cara spt mempelawa penerima e-mel klik mesej yg diterima. Jika pengguna terpedaya, e-mel terbabit sebenarnya dihubungkan kpd laman web trojan manakala penggunaan khidmat pesanan segera yg memiliki scammers turut digunakan. Kelemahan pd Internet Explorer versi lama jg memudahkan mereka menyerang & membolehkan mereka mengawal operasi komputer tanpa kebenaran.

2010/09/21

Sumber Terbuka : Peralatan daya saing terbaru syarikat

Beberapa tahun lepas, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap asing & berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan & persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya.Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

2010/09/20

Internet Explorer 9.0 BETA

Gergasi perisian dunia, Microsoft telah mengeluarkan IE terbaru versi 9 tapi masih dalam peringkat beta. Pengenalan beberapa ciri baharu menunjukkan Microsoft masih lagi ingin bersaing dengan pelayar web lain yang lebih popular. Tidak banyak perubahan dari segi antaramukanya dan Internet Options, jika sudah biasa dengan versi sebelum ini. IE9 ini nampaknya tidak menyokong Windows XP, hanya serasi dengan Windows Vista & Windows 7.

Berikut adalah beberapa screenshot dr komputer saya:


Proses pemasangan bermula
Memasang...
IE9 beta selesai dipasang
Antaramuka utama IE9
Tentang IE9 Beta

2010/09/19

Windows selalu diserang virus

Ramai pengguna terutamanya pelajar merungut apabila komputer/komputer riba/thumbdrive mereka dirasuk virus-virus durjana. Terlalu banyak cara mengatasi atau membuang virus boleh didapati di Internet, tanya En. Google je dapat la jawapan. Saya tidak mahu cakap banyak pasal virus, cume mahu kongsi kaedah yang saya guna untuk mencegah ancaman virus. Bagi pelajar, mereka tidak mampu mendapatkan perisian berbayar tambahan pula jika diserang virus tentulah memerlukan sedikit wang untuk membaiki komputer di kedai.

Saya akan tunjukkan beberapa perisian yang saya gunakan dan ianya percuma!

Anti virus

Saya gunakan Avira Antivir Personal sebab ianya ringan berbanding anti virus lain, tidak membebankan sistem operasi. Ringan, mudah & terbaik! Sesetengah anti virus agak bagus tapi melembabkan prestasi komputer, jadi perlahan. Boleh juga mengesan rootkit & malware. Namun antivirus ini tidak la 100% berkesan, jadi saya syorkan perisian tambahan seperti di bawah sebagai gandingan mantap menentang penyebaran virus.

Anti keylogger

Keylogger tu perisian yang mampu merakam apa yang kita tekan di papan kekunci. Jika tekan abc, ia akan merakam abc juga. Jadi anda patut risau jika kata laluan atau nombor akaun bank/kad kredit ada kemungkinan dirakam perisian ini tanpa disedari. Saya gunakan KeyScrambler, serasi dengan Internet Explorer & Firefox, pelayar web lain (Google Chrome, Opera, Safari tidak disokong). Jika anda menaip kata laluan, contohnya 12345678 ia akan menipu keylogger dengan alphanumeric lain, contoh dy&7f9X.



Anti malware

Malware (malicious software) adalah perisian-perisian nakal yang mampu menggugat keselamatan privasi komputer anda. Saya gunakan Spyware Blaster, Ad-Aware & Emsisoft Anti-Malware. Ketiga-tiganya tidak membebankan sistem anda.

Kesimpulan

Gabungan kesemua perisian di atas amat membantu kita mencegah penularan wabak virus (macam penyakit pulak). Namun perlu diingatkan, tiada makna anda memasang macam-macam perisian jika anda sendiri tidak gunakan ia untuk mengimbas sistem atau mengemaskini (muat turun fail definisi virus). Lakukan imbasan sistem & kemaskini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

* Tidakkah pelik yang mana antivirus semakin canggih dengan pelbagai ciri moden tetapi virus pula semakin banyak. Seolah-olah ada komplot antara pengeluar antivirus dan pencipta virus.

2010/09/16

Blog dari telefon pintar

Artikel ini dipos secara langsung menerusi Nokia E75. Aplikasi yang digunakan ialah Wavelog 2.02 versi percubaan.

Tentang Wavelog

Dibangunkan oleh Telewaving, ia adalah aplikasi klien blog khas untuk telefon Nokia yang dikuasakan oleh S60 berasaskan sistem operasi Symbian. Ia membolehkan anda menerbitkan kandungan ke weblog (blog) secara terus dari telefon anda. Kelebihannya anda boleh sunting artikel ketika tiada sambungan Internet (luar talian), terbitkan ia setelah bersambung ke rangkaian telefon atau Wi-Fi.

Wavelog menyokong penyedia blog popular seperti Wordpress, Blogger, Joomla & Drupal. Teks, foto, audio & video turut boleh dimuat naik selain teks biasa. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++. Wavelog ini ringkas & mudah digunakan. Cuma ia bukan versi penuh. Bolehlah anda jadi wartawan sambilan ya :p

Nokia C1-00

Pertama kali dengar telefon Nokia ada sokongan 2 kad sim, teringat telefon buatan China yang sudah lama ada sokongan tersebut. Tidak mahu kehilangan pelanggan, Nokia memperkenalkan model baru dalam siri C iaitu C1. Telefon ini menawarkan fleksibiliti 2 kad sim dalam satu telefon dan mudah untuk bertukar antara kedua-duanya.  Dua warna pilihan, merah dan biru kelihatan biasa sahaja sekali pandang. Masa bercakap sehingga 13 jam lamanya dan bateri tahan lama membuatkan anda perlu mendapatkan telefon ini sebagai telefon untuk 'bergayut' selama mungkin.

Skrin terang, panggilan suara yang jelas & nada dering mp3 antara kelebihan telefon ini. Kadang-kadang bosan juga hidup namun C1 ada siaran radio FM dan permainan binaan dalam untuk hiburan anda. Bilik anda gelap? Gunalah lampu suluh C1 untuk menyuluh persekitaran gelap. Satu ciri berguna ketika kecemasan. Pastinya harganya berbaloi dengan fungsi-fungsi biasa tapi berguna. Lepas ini bolehlah masukkan kad sim Celcom dengan Hotlink dalam satu tempat, tak perlu lagi 2 telefon :p.


Spesifikasi :-

Platform: S30
Frekuensi: Dual band 900/1800 Mhz
Saiz: 107 x 45 x 15 mm
Berat: 72.9 g
Skrin: 1.8", 128 x 160 piksel

Sebarang maklumat lanjut dapatkan di laman web Nokia Malaysia.

2010/09/15

Ovi Maps Beta for mobile

Kini terdapat pelbagai cara untuk mencari jalan ke pelbagai destinasi. Penggunaan GPS secara meluas memudahkan kita menjejaki sesuatu lokasi yang ingin dituju. Tiada lagi istilah sesat jalan atau terlajak. Nokia menerusi aplikasi Ovi Maps ternyata satu kelebihan kepada pengguna telefon pintar jenama Nokia. Jika anda bukan pengguna Nokia, anda masih boleh mengakses di laman web Ovi Maps for Web, sama seperti anda melihat Google Maps di Internet. Peta di telefon sememangnya mudah malah boleh diguna di mana-mana memandangkan Ovi Maps adalah percuma (model tertentu sahaja).

Baru-baru ini versi 3.06 BETA boleh di muat turun dari Nokia Beta Labs, yang mana ia dihasilkan untuk S60 edisi ke-5. Beberapa pembaharuan dikemaskini daripada versi lama, antaranya:

  • peningkatan ketika memulakan aplikasi.
  • menu diperbaharui dengan hanya 1 sentuhan untuk mengakses kandungan & perkhidmatan.
  • beberapa ciri baharu untuk servis tertentu seperti 'Drive home', 'Walk home' & 'Track me'.

Buat masa ini versi beta ini serasi dengan model Nokia N97, N97 mini & 5800 sahaja. Manakala Ovi Maps for Web boleh dilihat pada pelayar web popular cuma agak perlahan berbanding Google Maps.


Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat BETA

Jika anda pengguna & peminat sistem operasi alternatif popular, Ubuntu... kini versi beta sudah boleh dimuat turun. Ini bukan versi stabil, anda perlu tunggu sehingga tarikh keramat 10/10/10 nanti. Versi beta masih lagi terdapat beberapa pepijat (bug), jadi jangan pasangkannya dalam komputer utama. Versi beta digalakkan untuk pengguna mahir supaya boleh menghantar maklumbalas apabila terdapat sebarang ralat & ia membantu pembangun Ubuntu membaikinya.

Sebarang perkembangan terkini, boleh rujuk laman web rasmi Ubuntu atau Ubuntu Malaysia. Jika baru hendak berjinak-jinak dengan Ubuntu, bolehlah cuba versi terkini 10.04. Kemudian boleh naik taraf atau pasang baru apabila versi 10.10 keluar nanti.


Welcome

Salam sejahtera. Kali ini saya hasilkan satu lagi blog berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Saya akan cuba sedaya upaya untuk aktif mengemaskini artikel-artikel dalam blog kesayangan anda ini :p.