2010/09/16

Nokia C1-00

Pertama kali dengar telefon Nokia ada sokongan 2 kad sim, teringat telefon buatan China yang sudah lama ada sokongan tersebut. Tidak mahu kehilangan pelanggan, Nokia memperkenalkan model baru dalam siri C iaitu C1. Telefon ini menawarkan fleksibiliti 2 kad sim dalam satu telefon dan mudah untuk bertukar antara kedua-duanya.  Dua warna pilihan, merah dan biru kelihatan biasa sahaja sekali pandang. Masa bercakap sehingga 13 jam lamanya dan bateri tahan lama membuatkan anda perlu mendapatkan telefon ini sebagai telefon untuk 'bergayut' selama mungkin.

Skrin terang, panggilan suara yang jelas & nada dering mp3 antara kelebihan telefon ini. Kadang-kadang bosan juga hidup namun C1 ada siaran radio FM dan permainan binaan dalam untuk hiburan anda. Bilik anda gelap? Gunalah lampu suluh C1 untuk menyuluh persekitaran gelap. Satu ciri berguna ketika kecemasan. Pastinya harganya berbaloi dengan fungsi-fungsi biasa tapi berguna. Lepas ini bolehlah masukkan kad sim Celcom dengan Hotlink dalam satu tempat, tak perlu lagi 2 telefon :p.


Spesifikasi :-

Platform: S30
Frekuensi: Dual band 900/1800 Mhz
Saiz: 107 x 45 x 15 mm
Berat: 72.9 g
Skrin: 1.8", 128 x 160 piksel

Sebarang maklumat lanjut dapatkan di laman web Nokia Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan