Beberapa tahun lepas, perkataan sumber terbuka atau langkah syarikat mendedahkan kod sumber yang menjadi teras kepada pembangunan perisian mereka dianggap asing & berbahaya kepada daya saing serta kelangsungan perniagaan mereka. Namun, pandangan & persepsi itu berubah apabila semakin banyak syarikat kini sedia berkongsi kod sumber mereka dengan orang ramai, lantas menggalakkan lagi penggunaan sumber terbuka sebagai satu cara meningkatkan lagi daya saing masing-masing. Kod sumber terbuka adalah langkah maju ke depan untuk bersaing dengan syarikat perisian komersial yang menguasai sebahagian besar pasaran industri perisian dunia. Microsoft juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan perubahan pesat industri perisian terutama sumber, ia kini akan memasukkan ciri sumber terbuka dalam setiap perisiannya.Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pandangan berkenaan, Presiden VMware yang menghadapi persaingan sengit syarikat perisian sumber terbuka berpandangan, perisian komersial masih lagi penting selagi syarikat yang menghasilkannya sentiasa terus melakukan inovasi serta mendahului pesaingnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan