Perkhidmatan akses jalur lebar (broadband) dpt memberikan sambungan ke Internet dgn kelajuan lebar jalur bermula 384Kbps - 4Mbps. Walaubagaimanapun, kadangkala anda mungkin mendapati ada laman web & program Internet yg mengambil masa lebih lama drpd biasa utk dimuat turun (download). Kelajuan Internet anda tdk hanya bergantung kpd keadaan talian telefon shj. Ada beberapa faktor lain yg mempengaruhinya spt prestasi pelayan rangkaian (network server) & penghala (router), faktor alam sekeliling serta kemampuan komputer anda. Sehubungan itu, proses pelayaran Internet mungkin terjejas disebabkan banyak perkara yg mempengaruhi kelajuan sebenar sambungan.
Bagi meningkatkan pengalaman pelayaran Internet, fahami beberapa faktor yg mungkin akan memperlahankan sambungan anda:-
Lokasi laman web
Lebih dekat lokasi laman web yg ingin anda layari, maka lebih cepatlah dpt mengaksesnya. Laman web berpangkalan di Malaysia memberikan akses lebih cepat berbanding laman web yg berpangkalan di luar negara. Kelajuan jg bergantung kpd bilangan pertukaran rangkaian yg diperlukan sebelum mencapai laman web yg dikehendaki.
Laman web popular
Semakin popular sesuatu laman web itu, semakin ramai pengguna akan mengaksesnya pd masa yg sama. Jika laman tersebut tdk mampu memenuhi permintaan pelawatnya, laman web tersebut mungkin dimuat turun dgn perlahan atau gagal dimuat turun sama sekali.
Kandungan laman web
Laman web yg mempunyai imej berkualiti tinggi atau fail yg besar biasanya mengambil masa lebih lama utk dimuat turun berbanding laman web yg berasaskan teks & berimej kecil.
Perkongsian muat turun (peer-to-peer)
Program spt ini bergantung kpd bilangan pengguna dlm talian yg memiliki fail dikehendaki & bilangan pengguna yg sanggup berkongsi fail tersebut. Kadangkala, kelajuan rangkaian bergantung kpd sambungan pengguna di rangkaian yg lain. Proses muat turun akan mengambil masa yg lama sekiranya ramai pengguna meminta fail lama atau fail terhad.
Virus, cecacing, perisian adware & perisian spyware
Program perosak jg boleh memperlahankan sambungan anda ke Internet. Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan ke atas sistem komputer dan sentiasa mengemaskini (update) program antivirus, antiperisian adware & antiperisian spyware secara konsisten.
* Jika kelajuan masih perlahan selepas memeriksa sambungan & kelengkapan, hubungi penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk membuat laporan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan