Artikel ini dipos secara langsung menerusi Nokia E75. Aplikasi yang digunakan ialah Wavelog 2.02 versi percubaan.
Tentang Wavelog
Dibangunkan oleh Telewaving, ia adalah aplikasi klien blog khas untuk telefon Nokia yang dikuasakan oleh S60 berasaskan sistem operasi Symbian. Ia membolehkan anda menerbitkan kandungan ke weblog (blog) secara terus dari telefon anda. Kelebihannya anda boleh sunting artikel ketika tiada sambungan Internet (luar talian), terbitkan ia setelah bersambung ke rangkaian telefon atau Wi-Fi.
Wavelog menyokong penyedia blog popular seperti Wordpress, Blogger, Joomla & Drupal. Teks, foto, audio & video turut boleh dimuat naik selain teks biasa. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++. Wavelog ini ringkas & mudah digunakan. Cuma ia bukan versi penuh. Bolehlah anda jadi wartawan sambilan ya :p
Tiada ulasan:
Catat Ulasan