2010/09/24
Permainan video membentuk remaja ganas
Kajian terhadap keganasan yg dihasilkan melalui permainan video mendapati kanak-kanak yg terlalu lama bermain permainan itu menjadi lebih agresif, berkelahi dgn abang mereka & ketinggalan dalam persekolahan. Mengikut kajian sebuah universiti luar negara mendapati pemain muda mudah terpengaruh dgn aktiviti dlm permainan & melaksanakan pergerakan berkenaan selepas bermain permainan berkenaan. Satu kajian mendapati pemain yg bermain selama 10 minit dikesan bertindak agresif berbeza drpd watak asal sebaik shj menekan butang off pd konsol permainan. Kajian lain terhadap pelajar berusia antara 13 & 14 tahun, guru mendapati mereka yg bermain permainan ganas lebih agresif seperti bertelagah dgn pihak berkuasa selain cenderung berkelahi di antara mereka. Penyelidik jg mendapati remaja lelaki lebih cenderung membuang masa di depan konsol permainan berbanding perempuan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan