2010/09/15

Ovi Maps Beta for mobile

Kini terdapat pelbagai cara untuk mencari jalan ke pelbagai destinasi. Penggunaan GPS secara meluas memudahkan kita menjejaki sesuatu lokasi yang ingin dituju. Tiada lagi istilah sesat jalan atau terlajak. Nokia menerusi aplikasi Ovi Maps ternyata satu kelebihan kepada pengguna telefon pintar jenama Nokia. Jika anda bukan pengguna Nokia, anda masih boleh mengakses di laman web Ovi Maps for Web, sama seperti anda melihat Google Maps di Internet. Peta di telefon sememangnya mudah malah boleh diguna di mana-mana memandangkan Ovi Maps adalah percuma (model tertentu sahaja).

Baru-baru ini versi 3.06 BETA boleh di muat turun dari Nokia Beta Labs, yang mana ia dihasilkan untuk S60 edisi ke-5. Beberapa pembaharuan dikemaskini daripada versi lama, antaranya:

  • peningkatan ketika memulakan aplikasi.
  • menu diperbaharui dengan hanya 1 sentuhan untuk mengakses kandungan & perkhidmatan.
  • beberapa ciri baharu untuk servis tertentu seperti 'Drive home', 'Walk home' & 'Track me'.

Buat masa ini versi beta ini serasi dengan model Nokia N97, N97 mini & 5800 sahaja. Manakala Ovi Maps for Web boleh dilihat pada pelayar web popular cuma agak perlahan berbanding Google Maps.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan