Ramai pengguna terutamanya pelajar merungut apabila komputer/komputer riba/thumbdrive mereka dirasuk virus-virus durjana. Terlalu banyak cara mengatasi atau membuang virus boleh didapati di Internet, tanya En. Google je dapat la jawapan. Saya tidak mahu cakap banyak pasal virus, cume mahu kongsi kaedah yang saya guna untuk mencegah ancaman virus. Bagi pelajar, mereka tidak mampu mendapatkan perisian berbayar tambahan pula jika diserang virus tentulah memerlukan sedikit wang untuk membaiki komputer di kedai.
Saya akan tunjukkan beberapa perisian yang saya gunakan dan ianya percuma!
Anti virus
Saya gunakan Avira Antivir Personal sebab ianya ringan berbanding anti virus lain, tidak membebankan sistem operasi. Ringan, mudah & terbaik! Sesetengah anti virus agak bagus tapi melembabkan prestasi komputer, jadi perlahan. Boleh juga mengesan rootkit & malware. Namun antivirus ini tidak la 100% berkesan, jadi saya syorkan perisian tambahan seperti di bawah sebagai gandingan mantap menentang penyebaran virus.
Anti keylogger
Keylogger tu perisian yang mampu merakam apa yang kita tekan di papan kekunci. Jika tekan abc, ia akan merakam abc juga. Jadi anda patut risau jika kata laluan atau nombor akaun bank/kad kredit ada kemungkinan dirakam perisian ini tanpa disedari. Saya gunakan KeyScrambler, serasi dengan Internet Explorer & Firefox, pelayar web lain (Google Chrome, Opera, Safari tidak disokong). Jika anda menaip kata laluan, contohnya 12345678 ia akan menipu keylogger dengan alphanumeric lain, contoh dy&7f9X.
Anti malware
Malware (malicious software) adalah perisian-perisian nakal yang mampu menggugat keselamatan privasi komputer anda. Saya gunakan Spyware Blaster, Ad-Aware & Emsisoft Anti-Malware. Ketiga-tiganya tidak membebankan sistem anda.
Kesimpulan
Gabungan kesemua perisian di atas amat membantu kita mencegah penularan wabak virus (macam penyakit pulak). Namun perlu diingatkan, tiada makna anda memasang macam-macam perisian jika anda sendiri tidak gunakan ia untuk mengimbas sistem atau mengemaskini (muat turun fail definisi virus). Lakukan imbasan sistem & kemaskini sekurang-kurangnya seminggu sekali.
* Tidakkah pelik yang mana antivirus semakin canggih dengan pelbagai ciri moden tetapi virus pula semakin banyak. Seolah-olah ada komplot antara pengeluar antivirus dan pencipta virus.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan