- 1822 - Bapa komputer ialah Charles Babbage iaitu pencipta bagi arahan 'Start' dan 'Reboot' yang telah mencipta alat pengiraan matematik mengikut hukum logaritma yang menjadi asas kepada pembangunan komputer moden.
- 1937 - Dr. John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta komputer elektronik yang pertama bergelar ABC.
- 1946 - Dr. John Mauchly dan J. Presper Eckert melengkapkan komputer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 tiub vakum dan seluas 30x50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.
- 1958 - Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.
- 1964 - Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC (integrated chip) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.
- 1970 - Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (large scale integration) diperkenalkan. Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15,000 litar.
- 1975 - Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN (local area network) yang pertama direka dan masih digunakan hingga ke hari ini.
- 1981 - IBM memperkenalkan PC (personal computer) yang pertama.
- 1983 - Microsoft memperkenalkan Windows, iaitu paparan GUI (graphical user interface) untuk sistem operasi MS-DOS yang digunakan bersama IBM PC.
- 1984 - IBM memperkenalkan komputer peribadi bergelar PC AT (advance technology) yang menggunakan mikropemproses Intel 80286.
- 1989 - Mikropemproses Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 juta transistor di dalamnya.
